Wednesday 11 August 2010

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


Seni bela diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.

MELAYU
Silat
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).
Sejarah
Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu. Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.
Jenis silat (umum)
Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan kumpulan 'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud 'aliran' atau 'sekolah silat pulut'. Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis perkahwinan di mana ia selalu dipersembahkan).
Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.


INDIA
Silambam
Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri dalam kalangan orang India dan ini juga menjadi satu tradisi dalam kalangan orang India.
Silambam atau Silambattam atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilakam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo.
Umum
Silambam sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat atau gaya tempur menggunakan tongkat. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Saiz tongkat berkait dengan ketinggian pengguna silambam. Ia sepatutnya mencecah dahi sekitar tiga jari dari atas kepala, sungguhpun panjang berlainan digunakan dalam keadaan berlainan. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai "sedikutchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Latihan berlainan diperlukan bagi mengendalikan tongkat yang berlainan kepanjangannya. Gaya biasa termasuk memegang tongkat pada satu hujung, tangan kanan hampir kebelakang, tangan kiri sekitar 40 sentimeter (16 inci) darinya. Kedudukan ini membenarkan pelbagai pergerakan badan-dan-tongkat, termasuk serangan dan tangkisan yang rumit. Pengamal silambam tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan peregrakan haiwan, terutamanya bentuk ular dan helang.
Permulaan
Mereka yang baru belajar diajar pola pergerakan kaki yang perlu mereka kuasai sebelum belajar teknik memutar, pola, dan kaedah menukar putaran mereka tanpa menghentikan pergerakan tongkat. Gerak kaki (Kaaladi) merupakan kunci utama bagi Silambam dan kuthu varisai (versi tangan kosong). Terdapat enam belas pergerakan antaranya empat yang utama. Perlahan-lahan, pejuang mempelajari pergerakan kaki agar selaras dengan pergerakan tongkat. Matlamat utama latihan adalah mempertahankan diri dari serangan beberapa musuh bersenjata.Penekanannya pada tongkat membezakan Silambam dari Kalaripayattu Utara yang dianggap serupa dangan Kalaripayattu Selatan di mana teknik pertempuran memberi penekanan pada tangan kosong atau kayu ringkas atau pedang.
Silambam, Kuthu varisa, teknik tangan kosong secara harafiah bererti urutan tumbukan, maduvu (tanduk rusa), surul atau churul (pedang lembut mata dua), kathi kuthu (tikaman pisau), Val payattu atau val veesu atau vaal veechu (permainan pedang), sheela atau cheela (pertahanan dua jari) kesemuanya berkait rapat dan boleh digelar sebagai satu kelompok seni bela
Sejarah
Silambam dinaungi oleh Dinasti Chola silam, Dinasti Chera dan Raja-raja Pandya dari India Selatan semasa tempoh Sangam. Ia digunakan secara meluas oleh Maravar pada dari tentera Travancore.
Rujukan kepada "Silappadikkaram" dalam kesusteraan Sangam bahasa Tamil bertarikh semenjak abad ke-2 merujuk kepada penjualan tongkat Silamabam, pedang, mutiara, dan perisai kepada pedagang asing. Pusat perdagangan silam di bandar Madurai terkenal keseluruh dunia dan dikatakan dilawati oleh Rom, Yunani Kuno dan Mesir Kuno antara yang mempunyai perdagangan laut tetap dengan raja Tamil silam. Tongkat silambam merupakan salah satu senjata seni bela diri, yang mendapat permintaan tinggi dari pelawat.
Selepas seni ini tersebar ke dunia Melayu, "Silambam" merujuk kepada seni tersebut termasuk senjatanya. Beberapa seni bela Melayu seperti Silat didakwa menyerap silambam.
Maravar pada salah seorang dari Raja Travancore menggunakan "Silambam" dalam pertempuran perperangan mereka terhadap musuh. Tentera Raja Veerapandiya Kattabomman (1760–1799) kebanyakannya bergantung kepada kemahiran mereka menggunakan Silambam dalam perperangan mereka terhadap Tentera British.

CINA
Wushu
sejarah

Wushu atau kungfu merupakan seni bela diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu. Pada waktu itu seni bela diri ini muncul karena ada kebutuhan dari masyarakat untuk menghadapai gangguan binatang buas dan mencari makan.
Wushu dalam bahasa Cina artinya seni perang. Ada banyak aliran dalam wushu tapi secara garis besar wushu dapat dibagi dua golongan, yaitu Uay Kung (Gwa Kang) dan Nei Kung (Iwee kang). Pada Uay Kung unsure kekerasannya lebih besar (70%) dibandingkan kelemasan. Sementara itu Nei Kung hampir seluruhnya menggunakan kelemasan.

GAYA YANG DIPERTANDINGKAN
Taolu (peragaan)
Jurus Panjang (Changguan)
Jurus Selatan (Nangguan)
Pedang (Jianshu)
Tombak (Qianshu)
Toya (Gunshu)
Toya Selatan
Golok Selatan
Taichi Pedang
Sanhsu (perkelahian bebas)


SYED YUSRI AL-IDRUS BIN SAID ABD KADIR
205122

No comments: