Sunday 8 August 2010

PERAYAAN DI MALAYSIA

PERAYAAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Bagi umat islam,Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang disambut setelah sebulan megerjakan ibadah puasa dalam bulan ramadhan iaitu dalam bulan syawal.Bulan ramadhan merupakan bulan bagi umat islam melakukan lebih banyak ibadat.Aidilfitri disambut meriah apabila semua saudara-mara dari merata tempat balik ke kampong untuk meraikan aidilfitri bersama sanak saudara. Oleh itu,aidilfitri akan lebih meriah. Kebiasaannya,masyarakat melayu akan menyediakan hidangan-hidangan di pagi hari seperti lemang,ketupat,rendang dan banyak lagi. Menjadi kewajipan bagi umat islam untuk mengunjungi pusara kaum keluarga pada pagi aidilfitri. Bagi masyarakat melayu,mereka akan berkumpul dan memohon maaf antara satu sama lain dan menjadi tradisi kanak-kanak akan mendapat duit raya dari saudara-mara dan jiran-jiran.
Perayaan kedua yang disambut oleh umat islam ialah hari raya aidiladha. Aidiladha disambut pada 10haribulan Zulhijah,iaitu dua bulan setelah syawal dan turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Di Malaysia,haiwan peliharaan seperti lembu,kerbau,kambing akan disembelih sempena Hari Raya Korban. Daging-daging hasil sembelihan tersebut dibahagikan iaitu 1/3 kepada tuan punya,dan selebihnya kepada fakir miskin,jiran-jiran,dan semua umat islam. Hikmahnya,supaya dapat mengeratkan silaturahim dan membantu orang-orang kurang berkemampuan. Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung-mengunjung dan rumah terbuka dan disambut sebagai tanda kesyukuran atas nikmatnya dengan member sebahagian harta dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Bukan sahaja masyarakat melayu,masyarakat cina turut menyambut dua perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat cina. Bersama-sama dengan warna merah ,tanglung , mercun dan pakaian ‘cheongsam’ sebagai symbol tradisi masyarakat cina. Pada Tahun Baru Cina, hidangan wajib seperti kuih bulan dan limau mandarin. Tema merah digunakan kerana dikatakan membawa tuah. Bagi masyarakat cina,pada malam tahun baru semua saudara akan berkumpul di rumah ibubapa dan menjalankan upacara makan besar bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selepas itu,mereka akan berdoa dan menjalankan upacara ‘Shuo Sui’ yang memanjangkan umur seseorang. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api dibakar menandakan sambutan tahun baru. Keesokkannya, mereka akan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan dengan membawa limau mandarin yang bermaksud kelayaan. Turut menjadi tradisi kaum cina iaitu pemberian ‘angpau’ kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Seterusnya, lima belas hari selepas Tahun Baru Cina sekali lagi masyarakat cina menyambut Chap Goh Mei sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang besar-besaran,di mana colok besar dibakar dan diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Persembahan kebudayaan bagi perayaan tersebut akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung,tarian naga atau singa dan mengimbang bendera besar ‘Chingay’
Bagi masyarakat hindu pula,mereka menyambut Deepavali atau Diwali atau Pesta Cahaya sebagai symbol menumpaskan kejahatan,iaitu cahaya menumpaskan kegelapan. Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kalender Hindu, iaitu biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, penganut hindu menghiaskan rumah dan memasang lampu ‘vilakku’ iaitu pelita tradisi yang dibuat daripada tanah liat. Penganut hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka dengan mengamalkan puasa iaitu hanya makan sayuran dan bermeditasi. Hari Deepavali segala pertelingkahan akan dilupakan dan kemaafan dipohon. Pada pagi Deepavali mereka akan bangun awal bagi upacara mandi minyak sebagai simbol kepada penyucian diri dan selepas itu pergi ke kuil untuk bersembahyang. Kemudian mereka akan ke rumah saudara-mara dan jiran-jiran.
Secara keseluruhannya semua kaum di Malaysia mempunyai perayaan mereka sendiri. Sambutan bagi ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia adalah berbeza dan terdapat sesetengah perkara yang sama. Setiap kaum kaum menyambut perayaan masing-masing dengan begitu meriah, Setiap perayaan ini dapat menyatukan ketiga-tiga kaum bersama melalui aktiviti rumah terbuka yang dihalankan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat pelbagai kaum di Negara kita boleh hidup bersama dengan aman dan damai tanpa sebarang maslah sosial.
TAHUN BARU CINA
HARI RAYA AIDILFITRI

DEEPAVALI



BAIZURA HANIM BINTI ABU BAKAR
205124

No comments: