Sunday, 8 August 2010

SENI BINA


BUDAYA DAN WARISAN
SENIBINA


Senibina mengikut masyarakat melayu banyak dipengaruhi oleh agama islam.Pembinaan rumah tradisional pada masa dahulu banyak menggunakan ukiran yang pelbagai,dan dibina berdasarkan status serta kreativiti seseorang.Kebanyakan masyarakat melayu membina rumah di atas tiang kaki dan lantai papan
bagi memudahkan angin bertiup di bawah rumah sambil menyejukkan,dan mengelakkan rumah ditenggelami oleh air semasa banjir berlaku.Ukiran yang dibina adalah mengikut seni khat, motif flora dan fauna, serta kreativiti bagi menyerlahkan dan mencantikkan sesebuah rumah atau pembinaan tersebut. Rumah tradisi di negeri sembilan dibina daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku untuk mengukuhkan rumah tersebut. Beberapa tiang seri dibina dicantumkan dengan baji. Contohnya,senibina yang terdapat pada Istana Lama Sri Menanti,Negeri Sembilan pada tahun 1905 manakala Istana Kenangan di Bandar Diraja Kuala Kangsar,Perak merupakan istana yang terhebat yang dibina dengan menggunakan dinding buluh pada tahun 1962.

Senibina masyarakat cina pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun1646 manakala senibina Baba-Nyonya banyak terdapat di negeri pulau pinang dan melaka.Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan pemasangan jubin yang cantik dan mempunyai corak serta berwarna-warni.Tambahan pula,terdapat juga senibina masyarakat cina yang menggabungkan unsur Cina dan Barat.Senibina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di masjid Tengkera Melaka yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur senibina cina di bumbung dan digabungkan dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.

  Selain itu,bagi masyarakat india pula,senibina banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu.Contoh senibina india iaitu Kuil Sri mahamariaman yang dibina pada hujung abad ke-19 di Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara ini.Senibina yang dipaparkan adalah secara terperinci menggabungkan ukiran halus,hiasan emas,motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.

  Bagi kaum pribumi Sabah dan Sarawak pula adalah pembinaan rumah panjang dan rumah air.Rumah panjang selalunya berada di sekitar pedalaman sarawak dan merupakan tempat tinggal orang sarawak.Rumah panjang ini dianggarkan boleh menempatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.Pembinaan bangunan adalah panjang dan bertiang kaki,lazimnya menggunakan kayu balak yang dibentuk dengan kapak dan diikat dengan gentian pokok menjalar serta atap bumbung pula dianyam dengan daun mengkuang atau sebagainya.Manakala rumah air pula dibina di sepanjang tebing sungai dan laut yang bertiang kaki dan dihubungkan antara satu sama lain oleh jalan kaki yang diperbuat daripada kayu.pengangkutan air merupakan pengangkutan yang utama bagi kaum ini untuk menjalankan sesuatu urusan iaitu penggunaan bot,kanu dan sampan.



ANAK PAK LEBAI BERBADAN SASA,
   HARI-HARI MAKAN NANGKA;
BERTANYA KHABAR TIDAK KIRA BANGSA,
  ITULAH DIA WARISAN DAN BUDAYA KITA.
MARWAN BIN JAAFFAR
203682

No comments: