Wednesday, 11 August 2010

KELAHIRAN DI MALAYSIA

ADAT KELAHIRAN DI MALAYSIA
MELAYU,CINA DAN INDIA
Pengenalan
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Ia sama bagi masyarakat cina dan juga india. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir
Sewaktu Bersalin
Bagi masyarakat melayu apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini seperti potong tali pusat,azan atau qamat,membelah mulut dan berpantang manakala bagi masyarakat cina pula mereka perlu menjauhi pantang larang seperti menjaga tingkah laku,digalakkan bekerja ,dilarang memberi nama yang belum lahir dan sebagainya. Masyarakat india pula Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Masyarakat india hendaklah membisikkan nama Tuhan mereka,potong tali pusat dan menyapu madu.
Selepas lahir
Bagi masyarakat melayu beberapa adat-adat tertentu perlu dijalankan antaranya tanggal pusat atau cuci lantai dan terdapat barang-barang tertentu yang digunakan untuk menjalankan adat ini. Selain itu adat lain ialah member nama,mencukur jambul,naik buah, jejak tanah dan bersunat manakala bagi masyarakat cina pula golongan ibu hendaklah berpantang dan selain itu menjalankan aktiviti kenduri, mencukur rambut dan memberi nama.Bagi masyarakat india pula adat-adat yang perlu dijalankan ialah membawa bayi pulang ke rumah,mandi selepas bersalin,mendodoi bayi dan memberi nama. Adat-adat antara masyarakat melayu , cina dan india seakan-akan sama sahaja

MUHAMMAD ASHRAF SYAFIQ BIN MAZLAN
205080

No comments: