Sesungguhnya ciptaan tuhan amat sempurna dan lengkap untuk seluruh pelusuk alam semesta. Dari langit dan bumi ciptaannya yang sangat unik serta cantik dipandang. Nie ada beberapa gambar yang menarik di kampung halamanku iaitu KG. MEGAT DEWA. Dengar nama pun unik untuk diterokai. So hari nie xmau kongsi pasal nama kampung., just nak post ja gambar2 yang menarik yang dapat ku tangkap guna hanpone SONY EREKSON.ahahha bukan camera DSLR.
|
awan di waktu petang |
ini adalah awan pada sebelah petang di kampung aku. sekali pandang begitu LUASnya dunia dan kita seperti semut kecil sahaja. pada waktu ini sangat panas, tapi angin kampung orang kata: sangat sedap dengan lambaian pokok-pokok nyiur(kelapa),.tiupan angin manja sepoi-sepoi bahasa dan burung-burung berkicauan...sangat bez jika anda berada di kampung yang tenang, damai dan boleh dijadikan tempat release TENSION katakan.:)
|
Sinaran Matahari Di celah Padi |
yang kita nampak ini adalah PADI bukannya rumput lalang...so jangan salah faham. pada waktu nie adalah waktu senja, saja ku suka-suka berjalan di tepi sawah padi menikmati angin yang sangat best giler....panahan sinaran di atas daun padi sungguh memukau mata apabila dipandang kerana titisan air di padi menyinari daun yang segar berwana kehijauan.
|
waktu senja |
Gambar ini aku ambil time bawa motorsikal pusing kampung. maklumlah habis cuti semester sahaj terus pulang ke rumah yang sangat dekat dengan tempat pengajian aku. so sambil selam , minum air. nampak tak bukit tu, bukit tu di panggil nama BUKIT HANTU....sangat unik namanya dan menjadi lambang juga kepada kampungku..sweet x...
|
waktu senja |
|
bunga lalang |
Gambar ini pun sama juga pada waktu senja yang memukau mata. Tapi perlu hati-hati la dengan waktu ini sebab orang kata waktu ini banyak perkara tak baik dan penukaran waktu menjadi malam yang gelap gelita.haha...
sekali pandang bunga nie sangat cantik macam kat Perth Australia gituuuu.... Tapi ini adalah bunga lalang di tepi sungai depan murah aku...cantik tak
|
hari mendung |
Gambar ini menunjukkan cuaca yang mendung dan mata agak stim untuk mengidamkan bantal dan selimut TIDUR...angin pun sedap juga time2 camnie. tapi hati2 kalo hujan berlebihan boleh membawa kepada banjir. Alhamdulilah kampungku tidak pernah lagi ditenggelami banjir.
|
ikan BELIDA |
yang aku pegang ini adalah spesis ikan air tawar yang berada di hadapan sungai rumah aku...percaya tak ikan ini mencecah 6 KG dan hampir sama dengan setandan pisang di kaki aku.... so ikan ini suka makan anak-anak ikan di dalam sungai. Isinya juga sangat MANIS.tapi perlu berhati-hati dengan tulangnya kerana sangat banyak. selalunya orang kampung menggunakan isi ikan ini untuk membuat BEBOLA IKAN, KUAH LAKSA dan PEKASAM
|
NEGERI JELAPANG PADI |
hah yang belakang tu adalah SAWAH PADI yang sangat luas dan sangat cantik kalo dilihat dari pandangan atas atau pandangan mata yang memukau. Masa nie aku posing kat atas jambatan KERETAPI yang baru siap dibina untuk upgrade laluan keretapi berkembar.
|
anak kampungz |
perasan x..belakang budak kecik itu adalah kawasan sawah padi yang sangat luas dan lapang sekali. Belakang tu juga sawah padi yang menjadi sumberpendapatan kepada petani-petani di Kawasan kampung tersebut. Gambar budak tu adalah dari kalangan anak buah aku.hehe comeyyyy
2 comments:
kodiang ke tu.. pmndangn sawah padi memang cntik
yeah kodiang hehe...skang musim padi nak menuai...sgt cantik bila tgk n tenang ja
Post a Comment