Tuesday, 8 January 2013

LUKISAN TERAPI STRESS

Senyuman akan terukir apabila kita dapat lihat hasil kusian kita sendiri walaupun tak secantik mana...
Hari ini saya nak pamerkan hasil lukisan saya yang sangat unik gituuuuu....
Maklumlah tangan nie di katakan sangat berseni tapi tak la seni mana pown...
macam vokal bukan sekadar rupa...macam tu la saya seni bukan sekadar rupa...
yang penting hati happy gila kalo melukis nie...maklumlah dah lama mengidam nak jadi pelukis tapi emmm xda rezeki orang kata
rezeki yang saya dapat skang adalah dalam bidang IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN....
Namun tak semudah itu saya nak lupakan bidang seni, kerana bidang ni banyak memberi manfaat dan faedah kepada saya.Antaranya:
1) menghilangkan stress dengan sesuatu keadaan
2) happy bila tgk hasil lukisan sendiri dan boleh membayangi macam pelukis profesional
3) hidup lebih bermakna dengan lukisan yang dipamerkan walaupun xsecantik Jennifer Lopez katakan...
4) dapat mengilhamkan sesuatu perkara baru atau situasi yang anda suka anda boleh pamerkan dengan memegang pensel dan melakarnya di kertas
5) enjoy ya beb bila melukis tuuuuu..hahahahhahaa...sebab owang kata lukisan akan ikut mood seseorang tu...betul ke???????

JOM TENGOK SAMA-SAMA NAK X....?????

KOLEKSI TAJ MAHAL
1)KOLEKSI TAJ MAHAL
Lukisan ini diilham olehku pada masa form 5 dimana ku lihat satu lukisan cantik di kalender pada masa tu....lalu ku mengonyakkannya dan mengambil satu kertas dan pensel untuk melukis semula lukisan tersebut...
fuuuuuhhhh cam xcaya ja bila tengok mcm sama ja..ahahhaha

tu la nama dia kepuasan kendiri kalo nak tahu...jom teroka apa yang anda boleh lihat dalam lukisan ini.

KEHIDUPAN ADALAH SENI
 2)KEHIDUPAN ADALAH SENI
Lukisan ini dihasilkan oleh aku pada semester 3 dimana aku dalam keadaan tensen untuk menghadapi exam. ilham dari kepala otak aku telah menghasilkan sesuatu lukisan yang boleh dikatakan agak unik juga lah..hehe.....
Tema lukisan ini adalah kehidupan adalah seni...gambar yang terdapat di white board nie adalah seorang yang bermain SERULING di bawah pokok sambil di saksikan rama-rama dan pepatung yang berterbangan di atas dedaun tasik yang mempunyai ANGSA menawan sehingga munculnya seorang GADIS AYU yang diekori oleh seekor BURUNG helang dan beberapa BURUNG-BURUNG lain yang terbit di atas AWAN di celahan MATAHARI yang menunjukkan senja.....
mesti tertanya2 kenapa ada burung KAKAKTUA???
Tu adalah hasil daripada kreativiti tandatangan aku..hehe...kalo korang nak buat la tandatangan dan hasilkannya ikut kreativiti masing-masing....


SEMUT
 3) KERAJINAN BEKERJA TANPA KENAL ERTI PENAT DAN JEMU
Lukisan ini dihasilkan semasa membuat draf untuk final exam SPM 2007 haha....Tema dia pada masa tu tentang sekumpulan Tentera Semut sedang bekerjasama untuk mengankut makanan ke Istana Impian mereka untuk diberi makanan kepada Mahsuri mereka.
lukisan ini aku menggunakan colour Crayon...betapa gigih untuk membuatnya hahhaa walaupun terdapat kerosakan yang teruk di kertas....di sini korang dapat lihat betapa kesungguhan semut bekerja demi menjamu makan kepada permaisuri mereka....korang @ hampa rajin dak kalo disuruh buat macam tuuuu....sampai leher terpusing belakang nak angkat GULA hehe.....


rumah usang cantik
 4) KESEJUKAN ALAM
Tema ini bertepatan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada cikgu kawan aku. Dia minta tolong aku melukiskan sebuah lukisan pemandangan daripada pelukis terkenal iaitu tokoh pelukis terkenal iaitu PICASSO. Kalo diberi pilihan hampa bandingkan sendiri lukisan nie dengan lukisan sebenarnya. Agak sama tapi berbeza dari segi painting, susun atur tempat dan tone. lukisan ini dibeli dengan harga RM60.00... 


PELANGI SENJA
5) PELAYARAN SENJA
Lukisan ini dihasilkan disebabkan borink dan saja -saja gedik nak lukis. Sangat menarik dengan lukisan ini dan digunakan dengan water painting untuk menaikkan Mood Senja di pelayaran. Aku suka lihat tone warna laut ini nampak tenang, cantik, dan menunjukkan kekuasaan Allah terhadap ciptaannya kepada hambanya di muka bumi ini. Sememangnya aku adalah peminat lukisan berdasarkan pemandangan, alam sekitar atau apa-apa sahaja lukisan yang boleh hantam . asalkan nampak cantik ja...hehe







GADIS KHAYALAN
 6) PEREMPUAN MISTERI
sinonim dengan kecantikan wanita yang menjadi idaman kepada semua lelaki dan jangan pulak salah faham, kecantikan xsemestinya pada RUPA PARAS semata-mata, malah akan dilihat cantik dari segi BAHASA yang digunakannya, pandangan MATA yang cantik dan menggoda, perwatakan yang SOPAN SANTUN, dan macam-macam lagi,,,, So kecantikan wanita adalah SUBJEKTIF iaitu boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dalam hidup seseorang lelaki mahupun perempuan itu sendiri. Bagi aku dalam lukisan ini, aku suka tengok kepada lirikan MATA, BIBIR yang menggoda dan keayuaan di paras rupa yang membolehkan kesejukan mata memandang sejuk lagi hati terpaut


KEHIDUPAN LAUT DALAM
7) KEHIDUPAN LAUT DALAM
Lukisan ini diilhamkan kerana keunikan ikan di dalam dan membolehkan aku untuk mengilhamkannya dalam corak kain batik yang mempunyai MOTIF tentang FAUNA dalam laut. Apa yang dapat dilihat dalam lukisan ini adalah IKAN, BELUT, TAPAK SULAIMAN, RUMPAI-RUMPAI LAUT,BATU KARANG dan sebagainya yang tak dapat dilihat dengan mata kasar kita ahahhaha....sory xdapat diinterpretasi dalam lukisan ini.

4 comments:

Zara Alisha said...

cantik lukisannyer

shadowking said...

tq...saya budak baru belajar...hehe

Zara Alisha said...

sama.. budak baru blajaq pun xpandai nak lukis... mesti dah expert ni..hehehe (^__^)

shadowking said...

xexpert pown...just suka2 ja time borink, xtau nak watpa n nak buang masa selain tidur..hehe