Tuesday 31 August 2010

Sirih junjung buat pinangan
Di hias indah cantik di tatang
Tradisi kita di lupa jangan
Adat di kendong budaya di julang

Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat

Saturday 14 August 2010

KEBUDAYAAN DAN WARISAN MALAYSIA

BUDAYA MELAYU
 Tarian : tarian silat, tarian zapin,tarian lilin..
 Kelahiran : adat..
 Seni mempertahankan diri : silat gayung, silat cekak..
 Bahasa : Melayu..
 Permainan : congkak, guli..
 Makanan : nasi lemak, nasi kandar..
 Perkahwinan : merisik, meminang..
 Perayaan : Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha
 Pakaian : baju kurung, teluk belanga, kebaya..
 Senibina : rumah tradisi..


BUDAYA CINA
 Tarian : tarian Singa, tarian Naga..
 Kelahiran : pantang larang..
 Seni mempertahankan diri : wusyu..
 Bahasa : Hokkien, Kantonis..
 Permainan : mahjong
 Makanan : Kuih Bulan
 Perkahwinan : upacara tukar cincin..
 Perayaan : Tahun Baru Cina, Pesta Kuih Bulan..
 Pakaian : cheongsam
 Senibina : tokong-tokong


BUDAYA INDIA
 Tarian : tarian Bharata Natyam..
 Kelahiran : budaya Hindu
 Seni mempertahankan diri : silambam, kabaddi..
 Bahasa : Tamil, Punjabi..
 Perkahwinan : merisik..
 Perayaan : Hari Deepavali, Pesta Cahaya..
 Pakaian : sari, dhoti..
 Senibina : kuil

TARIAN DI MALAYSIA

 SEJARAH TARIAN
Secara umumnya, Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada tarian- tarian yang terdapat di sini. Tarian-tarian kaum seperti Melayu, Cina, dan India iaitu antara kaum majoriti di Malaysia benar-benar eksotik dan menawan. Bagi sesetengah masyarakat, setiap tarian yang diwarisi mempunyai makna yang tersendiri. Kebiasaannya tarian-tarian ini diwarisi secara turun-temurun. Setelah sekian lama kaum Cina dan India menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia.

JENIS-JENIS TARIAN DI MALAYSIA


TARIAN MELAYU

Silat
Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri bagi masyarakat Melayu. Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan. Tarian seni silat kebiasaannya dipersembahkan pada majlis keraian atau perkahwinan.
  




Zapin
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, iaitu sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah ini, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan  menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Namun setelah berlakunya transformasi zaman, tarian zapin ini telah diubahsuai dan dipersembahkan dalam majlis-majlis tertentu di Johor umumnya. 





Tarian Lilin
Merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari-penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan. Selain itu, tarian ini telah diberikan nafas baru iaitu disertai penari-penari lelaki dan dimainkan dalam pelbagai rentak moden. 






                          

Mak Yong Melayu
Tarian Mak Yong ini berasal dari Patani iaitu salah sebuah daerah di selatan Thailand. Tarian Mak Yong ini dicipta untuk hiburan kerabat Diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat Diraja lelaki. Bagi menjadikan tarian ini lebih menarik, penggabungan drama-drama romantik, tarian berirama dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan telah diserapkan dalam tarian ini. Pada awal kemunculannya, tarian ini mengisahkan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan telah dipopularkan mengikut peredaran zaman.










TARIAN CINA

Tarian Singa
Tarian singa lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina. Tarian Singa merupakan salah satu persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Bagi menjayakan tarian ini, pergerakan singa biasanya disesuaikan dengan kostum singa yang telah dihasilkan. Kostum singa ini dimainkan oleh dua penari. Seorang penari akan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari akan bergerak-gerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh paluan gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah.




Tarian Naga
Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tarian ini juga dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Selain itu, tarian naga merupakan sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang penari yang mahir bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini dipersembahkan dengan penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi menjadikannya seakan-akan naga yang bergerak..





TARIAN INDIA


BharathaNatyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi dan dramatik. Bagi menguasai tarian ini, masa yang lama perlu diambil kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari secara mendalam demi mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal dari wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya( Tarian Ekspressi ).




HASSAN BIN HAD
204831

Wednesday 11 August 2010

KELAHIRAN DI MALAYSIA

ADAT KELAHIRAN DI MALAYSIA
MELAYU,CINA DAN INDIA
Pengenalan
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Ia sama bagi masyarakat cina dan juga india. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir
Sewaktu Bersalin
Bagi masyarakat melayu apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini seperti potong tali pusat,azan atau qamat,membelah mulut dan berpantang manakala bagi masyarakat cina pula mereka perlu menjauhi pantang larang seperti menjaga tingkah laku,digalakkan bekerja ,dilarang memberi nama yang belum lahir dan sebagainya. Masyarakat india pula Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Masyarakat india hendaklah membisikkan nama Tuhan mereka,potong tali pusat dan menyapu madu.
Selepas lahir
Bagi masyarakat melayu beberapa adat-adat tertentu perlu dijalankan antaranya tanggal pusat atau cuci lantai dan terdapat barang-barang tertentu yang digunakan untuk menjalankan adat ini. Selain itu adat lain ialah member nama,mencukur jambul,naik buah, jejak tanah dan bersunat manakala bagi masyarakat cina pula golongan ibu hendaklah berpantang dan selain itu menjalankan aktiviti kenduri, mencukur rambut dan memberi nama.Bagi masyarakat india pula adat-adat yang perlu dijalankan ialah membawa bayi pulang ke rumah,mandi selepas bersalin,mendodoi bayi dan memberi nama. Adat-adat antara masyarakat melayu , cina dan india seakan-akan sama sahaja

MUHAMMAD ASHRAF SYAFIQ BIN MAZLAN
205080

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


Seni bela diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.

MELAYU
Silat
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).
Sejarah
Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu. Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.
Jenis silat (umum)
Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan kumpulan 'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud 'aliran' atau 'sekolah silat pulut'. Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis perkahwinan di mana ia selalu dipersembahkan).
Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.


INDIA
Silambam
Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri dalam kalangan orang India dan ini juga menjadi satu tradisi dalam kalangan orang India.
Silambam atau Silambattam atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilakam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo.
Umum
Silambam sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat atau gaya tempur menggunakan tongkat. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Saiz tongkat berkait dengan ketinggian pengguna silambam. Ia sepatutnya mencecah dahi sekitar tiga jari dari atas kepala, sungguhpun panjang berlainan digunakan dalam keadaan berlainan. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai "sedikutchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Latihan berlainan diperlukan bagi mengendalikan tongkat yang berlainan kepanjangannya. Gaya biasa termasuk memegang tongkat pada satu hujung, tangan kanan hampir kebelakang, tangan kiri sekitar 40 sentimeter (16 inci) darinya. Kedudukan ini membenarkan pelbagai pergerakan badan-dan-tongkat, termasuk serangan dan tangkisan yang rumit. Pengamal silambam tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan peregrakan haiwan, terutamanya bentuk ular dan helang.
Permulaan
Mereka yang baru belajar diajar pola pergerakan kaki yang perlu mereka kuasai sebelum belajar teknik memutar, pola, dan kaedah menukar putaran mereka tanpa menghentikan pergerakan tongkat. Gerak kaki (Kaaladi) merupakan kunci utama bagi Silambam dan kuthu varisai (versi tangan kosong). Terdapat enam belas pergerakan antaranya empat yang utama. Perlahan-lahan, pejuang mempelajari pergerakan kaki agar selaras dengan pergerakan tongkat. Matlamat utama latihan adalah mempertahankan diri dari serangan beberapa musuh bersenjata.Penekanannya pada tongkat membezakan Silambam dari Kalaripayattu Utara yang dianggap serupa dangan Kalaripayattu Selatan di mana teknik pertempuran memberi penekanan pada tangan kosong atau kayu ringkas atau pedang.
Silambam, Kuthu varisa, teknik tangan kosong secara harafiah bererti urutan tumbukan, maduvu (tanduk rusa), surul atau churul (pedang lembut mata dua), kathi kuthu (tikaman pisau), Val payattu atau val veesu atau vaal veechu (permainan pedang), sheela atau cheela (pertahanan dua jari) kesemuanya berkait rapat dan boleh digelar sebagai satu kelompok seni bela
Sejarah
Silambam dinaungi oleh Dinasti Chola silam, Dinasti Chera dan Raja-raja Pandya dari India Selatan semasa tempoh Sangam. Ia digunakan secara meluas oleh Maravar pada dari tentera Travancore.
Rujukan kepada "Silappadikkaram" dalam kesusteraan Sangam bahasa Tamil bertarikh semenjak abad ke-2 merujuk kepada penjualan tongkat Silamabam, pedang, mutiara, dan perisai kepada pedagang asing. Pusat perdagangan silam di bandar Madurai terkenal keseluruh dunia dan dikatakan dilawati oleh Rom, Yunani Kuno dan Mesir Kuno antara yang mempunyai perdagangan laut tetap dengan raja Tamil silam. Tongkat silambam merupakan salah satu senjata seni bela diri, yang mendapat permintaan tinggi dari pelawat.
Selepas seni ini tersebar ke dunia Melayu, "Silambam" merujuk kepada seni tersebut termasuk senjatanya. Beberapa seni bela Melayu seperti Silat didakwa menyerap silambam.
Maravar pada salah seorang dari Raja Travancore menggunakan "Silambam" dalam pertempuran perperangan mereka terhadap musuh. Tentera Raja Veerapandiya Kattabomman (1760–1799) kebanyakannya bergantung kepada kemahiran mereka menggunakan Silambam dalam perperangan mereka terhadap Tentera British.

CINA
Wushu
sejarah

Wushu atau kungfu merupakan seni bela diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu. Pada waktu itu seni bela diri ini muncul karena ada kebutuhan dari masyarakat untuk menghadapai gangguan binatang buas dan mencari makan.
Wushu dalam bahasa Cina artinya seni perang. Ada banyak aliran dalam wushu tapi secara garis besar wushu dapat dibagi dua golongan, yaitu Uay Kung (Gwa Kang) dan Nei Kung (Iwee kang). Pada Uay Kung unsure kekerasannya lebih besar (70%) dibandingkan kelemasan. Sementara itu Nei Kung hampir seluruhnya menggunakan kelemasan.

GAYA YANG DIPERTANDINGKAN
Taolu (peragaan)
Jurus Panjang (Changguan)
Jurus Selatan (Nangguan)
Pedang (Jianshu)
Tombak (Qianshu)
Toya (Gunshu)
Toya Selatan
Golok Selatan
Taichi Pedang
Sanhsu (perkelahian bebas)


SYED YUSRI AL-IDRUS BIN SAID ABD KADIR
205122

BAHASA DI MALAYSIA

BAHASA
BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik.
Sejarah Bahasa Melayu
Istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat di Kedukan Bukit (Palembang) pada 683 Masihi,di Talang Tuwo (Palembang) pada 684 Masihi, di Kota Kapur (Pulau Bangka) pada 686 Masihi dan di Karang Brahi (Meringin di daerah hulu Jambi) pada 686 Masihi.
Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.
Perkembangan Bahasa Melayu
Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.
BAHASA CINA
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
BAHASA INDIA
Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.Bahasa yang digunakan ialah Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi . Bahasa Tamil , di antara bahasa-bahasa Dravida lainnya merupakan bahasa yang unik, terlepas dari lebih dari 50 juta penuturnya di Tamil Nadu, penutur bahasa Tamil juga banyak ditemukan di Srilanka (wilayah Jaffna dan Trincomalee), Malaysia, Singapura, Myanmar, Indonesia (terutama wilayah Sumatera Utara), Afrika Selatan, Fiji dan Mauritius.Bahasa Tamil telah berkembang ke Malaysia kerana kemasukan ramai penuturnya iaitu dari Tamil Nadu.
Disamping itu, karena daerah Tamil Nadu telah menjadi pusat perlintasan dagang yang utama dari masa ke masa, maka daerah ini juga melakukan kontak dengan berbagai bangsa, yang dapat terlihat dari banyaknya kemiripan kosakata beberapa bahasa dengan Tamil.
Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu
Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu
Penghijrahan Tamil
Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura
MOHAMAD IZUDDIN BIN ARIFFIN
204067

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA

PENGENALAN
Masyarakat berbilang bangsa di malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang diambil daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini digabungkan digabungkan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap kaum mempunyai adat kebudayaan masing-masing. Kebudayan ini terus diperkukuh dan dipererat dengan acara keramaian bagi budaya masing-masing. Diantaranya termasuklah permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan nenek moyang kita dahulu. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa dahulu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Ada di antara permainan tradisional pada masa dahulu yidak lagi dimainkan tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan oleh kanak-kanak sehingga ke hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
 CONGKAK


Congkak merupakan permainan tradisional bagi kaum melayu. Permainan ini talah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Permainan congkak dipercayai berasal daripada Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua tiang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampung”. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil “rumah”. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuhb di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan akn memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
 KABADDI

Kabaddi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional india. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Dalam satu permainan, dua pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah saorang pemain pihak lawansebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mancecah tanah luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, maka semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir permainan pasukan yang mengumppul mata tertinggi akan menang.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CHINA
 MAHJONG


Mahjong atau mahjung merupakan permainan tradisional untuk empaat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergatung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjad satu isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer. Objektif permainan adalah membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan ini untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Ningpo, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Madiao. Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru komunis melarang aktiviti perjudian, yang dianggap simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan ini dihidupkan semula, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
SERI SYAZIATIE MAT YATIM
207309

Sunday 8 August 2010

MAKANAN DI MALAYSIA

Kepelbagaian Makanan Setiap Kaum
Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah melayu, cina dan india. Sebagai Negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum melayu, cina dan india Berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan malaysia’. Kaum melayu, cina dan india di Malaysia sentiasa kreatif berganding bahu mereka masakan baru dengan mengabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mee mamak, nasi lemak dan sebagainya. Namun begitu, setiap kaum masih mempunyai budaya makanan meraka tersendiri.
Kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia ialah kaum melayu. Masyarakat melayu mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Bagi orang melayu pelbagai lauk pauk yang di hidangkan tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang melayu amnya. Nasi biasanya dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam-ulaman. Bahan masakan orang melayu biasanya berkisar kepada cili, santan dan belacan. Hidangan orang melayu bukan sahaja terkenal dari keenakkannya tetapi juga dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Nasi lemak merupakan sajian utama dan menjadi kegemaran bagi orang melayu. Nasi lemak dahulunya hanya menjadi hidangan untuk sarapan pagi bagi orang melayu tetapi pada masa kini ianya turut dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Menu ini patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia kerana ianya bukan sahaja menjadi kegemaran orang melayu malah turut di pelopori oleh kaum cina dan india. Nasi lemak akan dihidangkan bersama telur, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng. Orang melayu lazimnya gemar menakmati juadah ini di warung ataupun gerai-gerai pada waktu sarapan pagi.
Selain itu, orang melayu juga terkenal dengan nasi tomato berserta lauk pauknya yang dihidangkan pada musim perayaan seperti pada hari lebaran, kenduri-kendara dan sebagainya. Nasi tomato akan di hidangkan bersama dalca, pecal, ayam masak merah dan lain-lain. Dalam budaya masyarakat melayu juga terdapat perbezaan juadah di antara negeri misalnya, negeri di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan terkenal dengan nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Bagi orang negeri Sembilan pula, juadah yang menjadi kebanggaan mereka ialah gulai lemak cili padi.
Di samping itu, ketupat juga menjadi satu budaya dan menjadi tradisi dalam masyarakat melayu. Ketupat merupakan beras yang di masak di dalam daun kelapa. Juadah ini biasanya dihidangkan pada musim perayaan iaitu pada hari raya aidilfitri. Ketupat sering dihidangkan bersama kuah lodeh, rendang, sambal sate dan juga pelbagai juadah lain. Kebiasaanya juadah ini akn dinikmati pada pagi syawal. Juadah ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu untuk menyambut perayaan tersebut. Jika tiada hidangan ini maka tidak lengkaplah lebaran yang diraikan.
Orang melayu juga amat terkenal dengan pelbagi jenis manisan yang terdiri daripada kuih muih. Kebanyakkan kuih muih orang melayu adalah berasaskan beras pulut, beras dan juga ubi. Antara contoh kuih muih yang popular ialah kuih seri muka di mana ianya diperbuat daripada pulut dan kastard pandan, pulut panggang iaitu pulut berisi serunding kelapa, bengkang ubi, cucur badak, kuih lapis dan sebagainya. Kuih muih ini sering di hidangkan ketika majlis keduri kendara di adakan sebagai sajian pencuci mulut. Manisan yang menjadi tradisi bagi orang melayu pula ialah wajek, dodol, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan ramadhan dan lebaran. Selain itu, ianya turut di hidangkan ketika mengadakan majlis-majlis seperti majlis perkahwinan dan juga kenduri-kendara.
Satu lagi makanan yang menjadi kebanggaan orang melayu di pulau pinang ialah nasi kandar. Nasi kandar merupakan sajian yang paling popular di negeri tersebut. Namum begitu, populariti nasi kandar kini telah menular ke negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Nasi kandar merupakan sajian yang paling popular di negeri tersebut. Namun begitu, populariti nasi kandar kini telah menular ke negeri- negeri lain di semenanjung. Nasi kandar lazimnya dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk contohnya, ayam goreng berempah, kari kepala ikan, udang galah goreng dan sebagainya.nasi kandar mendapat nama adalah berlandaskan cara penjaja menjual nasi tersebut. Nasi kandar telah dijual dengan di kandar di bahu dengan menggunakan dua bakul yang di letakkan pada sebatang kayu dan akan di jaja ke serata kampung.
Sehubungan dengan itu, dalam masyarakat budaya cina juga terdapat budaya makanan mereka yang tersendiri. Bila bercerita tentang makanan, orang cina lazimnya sering dikaitkan dengan kuih bulan. Kuih bulan merupakan makanan tradisi bagi masyarakat mereka. Kuih bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan pada waktu perayaan pertengahan musim luruh.kuih bulan di hasilkan daripada adunan yang manis dan mempunyai inti yang diperbuat daripada biji buah teratai atau kacang merah atau dengan telur kuning masin di tengah-tengahnya. Kuih bulan juga turut di hidangkan semasa musim perayaan mereka iaitu pada tahun baru cina. Kuih bulan ini sangat popular dalam budaya masyarakat cina dan menjadi tradisi dalam hidup mereka. Selain itu, kaum cina juga mempunyai makanan yang bernama Ding Bian iaitu merupakan sejenis makanan orang Foochow. Masyarakat cina menjadikan makanan ini sebagai gentian kepada bubur nasi dan ia di kenali sebagai ‘bubur kulat’. Makanan ini biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Kaum meraka percaya bahawa bubur ini mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu dapat membuang panas di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.
Seperti kaum cina, kaum india juga mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Kaum india lebih dominan kepada roti canai atau pratha. Makanan ini bukan sahaja di gemari oleh kaum india malah turut di gemari oleh kaum lain khususnya kaum melayu. Makanan ini biasanya menjadi hidangan sarapan pada waktu pagi. Buat masa kini, roti canai telah Berjaya meletakkan tarafnya standing dengan nasi lemak yang di minati oleeh sebilangan besar rakyat Malaysia.
Masyarakat india juga mempunyai kuih muih yang tersendiri. Antara kuih muih mereka ialah wade, maruku dan suji. Maruku merupakan kuih tradisi bagi masyarakat india. Maruku ini lazimnya di hidangkan pada hari perayaan mereka iaitu pada perayaan deepavali. Maruku adalah sejenis makanan yanr diperbuat daripada tepung yang dicampurkan dengan rempah dan kari. Namun begitu, kuih tradisi ini turut digemari oleh kaum lain terutamanya melayu.
Kesimpulannya, masyarakat Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi tradisi dan kebanggaan dalam kaum mereka. Daripada hasil toleransi dan kerjasama masyarakat yang pelbagai telah menghasilkan negara yang aman dan mempunyai budaya serta adat yang pelbagai dan boleh diaplikasikan bersama. Sehubungan dengan itu, kita haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menanamkan rasa cinta terhadap tanah air kita.

Bubur Kulat
Nasi Lemak
Roti canai



SITI ROHAYA BINTI YUSOF
205161

PERKAHWINAN DI MALAYSIA

Budaya (perkahwinan)
Perkahwinan merupakan agenda penting yang membawa perubahan dalam kehidupan seseorang tanpa mengira kaum. Pada asasnya adat resam perkahwinan di Malaysia merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Masyarakat melayu memulakan langkah ke alam perkahwinan melalui adat merisik untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati masih belum dimiliki oleh sesiapapun. Pihak lelaki akan menyelidik latar belakang si gadis untuk mmastikan bahawa si gadis mempunyai keperibadian yang mulia. Urusan peminangan dijalankan untuk menyatakan tujuan secara rasmi dan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk pertunangan. Bilangan hantarannya agak unik kerana jumlahnya ganjil. Jumlah yang genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.
Upacara akad nikah merupakan kemuncak sesuatu perkahwinan selepas segala perjanjian dilaksanakan. Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali atau mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Selepas majlis akad nikah,pengantin lelaki akan melakukan uacara membatalkan air sembahyang sebagai simbol bahawa mereka telah sah diijabkabulkan. Suami akan menyarungkan cincin kepada isterinya. Selepas itu, adat berinai diadakan dimana kedua mempelai ditepung tawar.

Mengikut kepercayaan masyarakat cina, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Perkahwinan mereka dipengaruhi oleh faktor eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur dan implisit iaitu kedua-dua belah pihak diberi kebebasan untuk memilih pasangan. Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati bgi mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Setelah berpuas hati, seorang wakil dipilih untuk membincangkan perkara berkaitan mas kahwin dan hari yang sesuai untuk perkahwinan. Segala ketetapan yang dipersetujui diberitahu kepada pihak lelaki dan ditunaikan dengan sebaiknya.
Hari pertunangan hendaklah berseuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan kerana bimbang akan ditimpa musibah dalam perkahwinan. Upacara bertukar cincin juga dilakukan dan dipakai sehingga hari perkahwinan. Gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahir kepada tukang tilik untuk perhitungan hari yang sesuai bagi melaksanakan perkahwinan. Menurut masyarakat cina, semakin besar mas kahwin yang dibeikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
Sekiranya terdapat kematian ahli keluarga bakal pengantin, upacara tersebut mesti ditangguhkan pada tahun hadapan atau selama seratus hari. Pihak lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk upacara persandingan. Mereka mementingkan upacara meminum teh kerana melambangkan penerimaan pasangan dalam keluarga suami. Kemuncak perkahwinan ialah jamuan makan secara besar-besaran pada sebelah malam. Pasangan pengantin juga akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Ching su di hadapan saksi sebagai bukti perkahwinan.

Perkahwinan masyarakat India juga dimulai dengan upacara merisik dimana bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri rupa paras dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai 'pen paarttal' dan wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah yang ganjil. Si gadis akan melayani para tetamu yang datang supaya pihak lelaki dapat melihat calon isteri dengan lebih dekat. Ikat janji atau niccayam dilaksanakan setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak dan perbincangan mengenai hari dan belanja kahwin diadakan.
Adat parisam atau pemberian hantaran terbahagi kepada parisam biasa iaitu pemberian hadiah lebih awal dari hari perkahwinan dan udan parisam iaitu pemberian hadiah pada hari perkahwinan. Hantaran diberi dalam jumlah yang ganjil dan disediakan oleh wanitayang sudah bersuami sahaja.kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali pada leher pengantin perempuan. Kedua mempelai akan memberi hormat kepada kedua ibu bapa mertua dan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Biasanya pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga dan berkongsi minum air susu bercampur pisang dalam sebiji gelas sebagai tanda sah bergelar suami isteri.
Jelaslah bahawa Malaysia mempunyai pelbagai adat resam yang penuh istiadat dan perlu dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.


NOR AIN BINTI ABU KASIM
205221

PERAYAAN DI MALAYSIA

PERAYAAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Bagi umat islam,Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang disambut setelah sebulan megerjakan ibadah puasa dalam bulan ramadhan iaitu dalam bulan syawal.Bulan ramadhan merupakan bulan bagi umat islam melakukan lebih banyak ibadat.Aidilfitri disambut meriah apabila semua saudara-mara dari merata tempat balik ke kampong untuk meraikan aidilfitri bersama sanak saudara. Oleh itu,aidilfitri akan lebih meriah. Kebiasaannya,masyarakat melayu akan menyediakan hidangan-hidangan di pagi hari seperti lemang,ketupat,rendang dan banyak lagi. Menjadi kewajipan bagi umat islam untuk mengunjungi pusara kaum keluarga pada pagi aidilfitri. Bagi masyarakat melayu,mereka akan berkumpul dan memohon maaf antara satu sama lain dan menjadi tradisi kanak-kanak akan mendapat duit raya dari saudara-mara dan jiran-jiran.
Perayaan kedua yang disambut oleh umat islam ialah hari raya aidiladha. Aidiladha disambut pada 10haribulan Zulhijah,iaitu dua bulan setelah syawal dan turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Di Malaysia,haiwan peliharaan seperti lembu,kerbau,kambing akan disembelih sempena Hari Raya Korban. Daging-daging hasil sembelihan tersebut dibahagikan iaitu 1/3 kepada tuan punya,dan selebihnya kepada fakir miskin,jiran-jiran,dan semua umat islam. Hikmahnya,supaya dapat mengeratkan silaturahim dan membantu orang-orang kurang berkemampuan. Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung-mengunjung dan rumah terbuka dan disambut sebagai tanda kesyukuran atas nikmatnya dengan member sebahagian harta dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Bukan sahaja masyarakat melayu,masyarakat cina turut menyambut dua perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat cina. Bersama-sama dengan warna merah ,tanglung , mercun dan pakaian ‘cheongsam’ sebagai symbol tradisi masyarakat cina. Pada Tahun Baru Cina, hidangan wajib seperti kuih bulan dan limau mandarin. Tema merah digunakan kerana dikatakan membawa tuah. Bagi masyarakat cina,pada malam tahun baru semua saudara akan berkumpul di rumah ibubapa dan menjalankan upacara makan besar bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selepas itu,mereka akan berdoa dan menjalankan upacara ‘Shuo Sui’ yang memanjangkan umur seseorang. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api dibakar menandakan sambutan tahun baru. Keesokkannya, mereka akan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan dengan membawa limau mandarin yang bermaksud kelayaan. Turut menjadi tradisi kaum cina iaitu pemberian ‘angpau’ kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Seterusnya, lima belas hari selepas Tahun Baru Cina sekali lagi masyarakat cina menyambut Chap Goh Mei sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang besar-besaran,di mana colok besar dibakar dan diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Persembahan kebudayaan bagi perayaan tersebut akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung,tarian naga atau singa dan mengimbang bendera besar ‘Chingay’
Bagi masyarakat hindu pula,mereka menyambut Deepavali atau Diwali atau Pesta Cahaya sebagai symbol menumpaskan kejahatan,iaitu cahaya menumpaskan kegelapan. Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kalender Hindu, iaitu biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, penganut hindu menghiaskan rumah dan memasang lampu ‘vilakku’ iaitu pelita tradisi yang dibuat daripada tanah liat. Penganut hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka dengan mengamalkan puasa iaitu hanya makan sayuran dan bermeditasi. Hari Deepavali segala pertelingkahan akan dilupakan dan kemaafan dipohon. Pada pagi Deepavali mereka akan bangun awal bagi upacara mandi minyak sebagai simbol kepada penyucian diri dan selepas itu pergi ke kuil untuk bersembahyang. Kemudian mereka akan ke rumah saudara-mara dan jiran-jiran.
Secara keseluruhannya semua kaum di Malaysia mempunyai perayaan mereka sendiri. Sambutan bagi ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia adalah berbeza dan terdapat sesetengah perkara yang sama. Setiap kaum kaum menyambut perayaan masing-masing dengan begitu meriah, Setiap perayaan ini dapat menyatukan ketiga-tiga kaum bersama melalui aktiviti rumah terbuka yang dihalankan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat pelbagai kaum di Negara kita boleh hidup bersama dengan aman dan damai tanpa sebarang maslah sosial.
TAHUN BARU CINA
HARI RAYA AIDILFITRI

DEEPAVALI



BAIZURA HANIM BINTI ABU BAKAR
205124

PAKAIAN KEBUDAYAAN

Baju Melayu
Baju tradisional Melayu.

Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.


Baju "Cekak Musang" lengkap
Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.



Baju Cina
Cheongsam


Dua wanita memakai cheongsam dalam iklan Shanghai 1930an ini.
Cheongsam adalah sebuah pakaian satu keping Cina untuk wanita yang berpeluk badan (dimodifikasikan di Shanghai); versi lelakinya adalah changshan. Ia digelar dalam Bahasa Cina Mandarin sebagai qípáo (旗袍), qípáor (旗袍儿), Wade-Giles ch'i-p'ao, dan juga digelarkan dalam Bahasa Inggeris sebagai gaun mandarin. Cheongsam yang bergaya dan seringnya muatan ketat paling sering dikaitkan dengan hari ini telah dicipta pada zaman 1920an di Shanghai dan telah dibuatkan berfesyen oleh wanita sosialit dan kelas atasan.[1]
[sunting]Sejarah


Wanita Laman Kemaharajaan Cina sewaktu Dinasti Qing


Seorang wanita dalam qipao gedoboh muatan longgar tradisional dipakai dengan jaket

Kegunaan moden
Pada zaman 1950an, wanita dalam tenaga kerja di Hong Kong bermula memakai cheongsam yang lebih berfungsi diperbuat dari kain skhlat, twill, dan bahan lain. Kebanyakan adalah muatan jahitan dan sering datang dengan jaket sepadan. Gaun-gaunnya adalah fusyen tradisi Cina dengan gaya moden. Cheongsam umumnya diganti dengan pakaian yang lebih selesa seperti baju panas, seluar jean, sut dan skirt bisnes. Oleh kerana sifat terhadnya, ia kini pada umumnya dipakai sebagai pakaian rasmi untuk upacara penting. Mereka kadang-kadang dipakai oleh ahli politik dan artis di Taiwan dan Hong Kong.


Cheongsam gaya moden
Wanita dalam permainan video sering memakai cheongsam, oleh itu perempuan pertunjukkan boleh memakai cheongsam pada waktu pertunjukkan. Cheongsam biasanya diperbuat dari getah atau sutera, mencerminkan pada warna untuk menangkap fokus kamera, dengan lengan pendek dan bahagian bawah cheongsam ke pertengahan paha. Mereka biasanya dipakai dengan sarung kaki dan kasut putih.
Sewaktu Olimpik Musim Panas 2008, cheongsam adalah seragam untuk pembawa pingat. Mereka juga dipakai oleh ahli-ahli wanita pada pasukan Sweden dan pasukan Sepanyol dalam upacara pembukaan, dengan warna-warna kebangsaan biru dan kuning.


Baju India
Sari.


Damayanthi dalam Sari oleh Raja Ravi Varma
Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.



Dhoti.


Seorang lelaki memakai dhoti oren dan kemeja kuning
Dhotī atau Doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di India. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

JOO PEI YEE
205571

SENI BINA


BUDAYA DAN WARISAN
SENIBINA


Senibina mengikut masyarakat melayu banyak dipengaruhi oleh agama islam.Pembinaan rumah tradisional pada masa dahulu banyak menggunakan ukiran yang pelbagai,dan dibina berdasarkan status serta kreativiti seseorang.Kebanyakan masyarakat melayu membina rumah di atas tiang kaki dan lantai papan
bagi memudahkan angin bertiup di bawah rumah sambil menyejukkan,dan mengelakkan rumah ditenggelami oleh air semasa banjir berlaku.Ukiran yang dibina adalah mengikut seni khat, motif flora dan fauna, serta kreativiti bagi menyerlahkan dan mencantikkan sesebuah rumah atau pembinaan tersebut. Rumah tradisi di negeri sembilan dibina daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku untuk mengukuhkan rumah tersebut. Beberapa tiang seri dibina dicantumkan dengan baji. Contohnya,senibina yang terdapat pada Istana Lama Sri Menanti,Negeri Sembilan pada tahun 1905 manakala Istana Kenangan di Bandar Diraja Kuala Kangsar,Perak merupakan istana yang terhebat yang dibina dengan menggunakan dinding buluh pada tahun 1962.

Senibina masyarakat cina pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun1646 manakala senibina Baba-Nyonya banyak terdapat di negeri pulau pinang dan melaka.Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan pemasangan jubin yang cantik dan mempunyai corak serta berwarna-warni.Tambahan pula,terdapat juga senibina masyarakat cina yang menggabungkan unsur Cina dan Barat.Senibina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di masjid Tengkera Melaka yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur senibina cina di bumbung dan digabungkan dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.

  Selain itu,bagi masyarakat india pula,senibina banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu.Contoh senibina india iaitu Kuil Sri mahamariaman yang dibina pada hujung abad ke-19 di Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara ini.Senibina yang dipaparkan adalah secara terperinci menggabungkan ukiran halus,hiasan emas,motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.

  Bagi kaum pribumi Sabah dan Sarawak pula adalah pembinaan rumah panjang dan rumah air.Rumah panjang selalunya berada di sekitar pedalaman sarawak dan merupakan tempat tinggal orang sarawak.Rumah panjang ini dianggarkan boleh menempatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.Pembinaan bangunan adalah panjang dan bertiang kaki,lazimnya menggunakan kayu balak yang dibentuk dengan kapak dan diikat dengan gentian pokok menjalar serta atap bumbung pula dianyam dengan daun mengkuang atau sebagainya.Manakala rumah air pula dibina di sepanjang tebing sungai dan laut yang bertiang kaki dan dihubungkan antara satu sama lain oleh jalan kaki yang diperbuat daripada kayu.pengangkutan air merupakan pengangkutan yang utama bagi kaum ini untuk menjalankan sesuatu urusan iaitu penggunaan bot,kanu dan sampan.



ANAK PAK LEBAI BERBADAN SASA,
   HARI-HARI MAKAN NANGKA;
BERTANYA KHABAR TIDAK KIRA BANGSA,
  ITULAH DIA WARISAN DAN BUDAYA KITA.
MARWAN BIN JAAFFAR
203682